Pemerengganan

Penulisan karangan terdiri daripada beberapa perenggan atau paragraf. Perenggan merupakan satu kumpulan kalimat yang disusun secara logik dan sistematik, mengikut urutan perenggan pendahuluan, perenggan pengembang dan juga perenggan penutup. Setiap parenggan ini mempunyai fungsi tersendiri mengenai tajuk atau tugasan soalan. Setiap perenggan ini juga mengandungi makna, pesan, fikiran atau persoalan pokok dan selaras dengan persoalan utama yang dibawa oleh keeluruhan karangan berkenaan.

Secara umumnya, perenggan isi terbahagi kepada tiga bentuk. Walaubagaimanapun, penulisan karangan pelajar tingkatan empat dan lima biasanya menggunakan perenggan empat unsur, iaitu ayat topik/ayat utama, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas.

1. Perenggan Deduktif

perenggan deduktif bermula dengan ayat topik. Ayat topik yang mendukung idea utama dikemukakan pada bahagian awal perenggan. Sementara ayat-ayat penyangga yang mendukung isi atau idea sokongan sama ada berbentuk penjelasan ataupun pembuktian dikemudiankan. Ringkasnya, perenggan ini bermula dengan pernyataan umum dan menuju kepada pernyataan khusus. Perenggan jenis ini dikenali sebagai perenggan piramid terbalik.

Ayat generalisasi–(Ayat topik)

Ayat fakta

- (Ayat contoh)

-(Ayat cadangan)

-(Ayat huraian)

 Ayat kesimpulan

Contoh:

Tindakan memulaukan makanan yang tercemar hendaklah dilakukan oleh masyarakat. (Ayat topik) Misalnya, masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh penjual yang tidak mementingkan kebersihan. (Ayat contoh) Sehubungan dengan ini, persatuan pengguna boleh memainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini. (Ayat cadangan) Oleh itu, penjual akan memberikan perhatian tentang aspek kebersihan gerai,makanan dan diri. (Ayat huraian) Dengan ini, kes keracunan makanan yang sering berlakudapat ditangani dengan lebih berkesan. (Ayat kesimpulan)


2. Perenggan Induktif

Perenggan induktif bermula dengan idea-idea sokongan, iaitu hal-hal khusus, kemudian diakhiri dengan pernyataan umum. Dalam perenggan induktif, ayat topik terletak pada bahagian akhir perenggan.

Ayat kesimpulan

 Ayat fakta

-(Ayat contoh)

-(Ayat cadangan)

 Ayat generalisasi- (Ayat topik)

Contoh:

(Ayat kesimpulan) Kes keracunan makanan yang sering berlaku dapat ditangani dengan lebih berkesan apabila (Ayat contoh) masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh penjual yang tidak mementingkan kebersihan. Sehubungan dengan ini, persatuan pengguna boleh memainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini. (Ayat cadangan) Oleh hal yang demikian, penjual akan memberikan perhatian tentang aspek kebersihan gerai, makanan dan diri. (Ayat huraian) Tegasnya, tindakan memulaukan makananyang tercemar hendaklah dilakukan oleh masyarakat. (Ayat topik)


3. Perenggan Gabungan/Perenggan empat unsur

Klik pautan Unsur dalam Karangan ini untuk mengetahui perenggan empat unsur dalam karangan dengan lebih lanjut.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING